Bagaimana ingin tahu wanita serius dalam hubungan cintanya
- Melalui perwatakan – Ramai lelaki suka cara dan style yang sempoi, santai, relaks dan selamber dengan teman wanitanya tetapi ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan teman lelakinya kerana ia harus membiasakan dirinya untuk menerima seadanya apa juga perwatakan yang dibawa oleh teman lelakinya.
- Sentiasa bersikap sabar – Kesabaran pada wanita jelas menunjukan ia sememangnya sayang akan hubungan cintanya. Melalui kesabaran juga dapat memupuk nilai kasih sayang yang lebih walaupun teman lelakinya sentiasa memarahinya atau bersikap diluar dugaan yang tidak melampui batas.
- Tidak mengungkit kisah yang lampau – Wanita yang serius dalam cintanya seboleh-bolehnya tidak akan mengungkit segala kisah lampau atau kisah silam yang pernah dialami oleh teman lelakinya. Baginya wanita mementingkan perkara yang berlaku sekarang dan akan menjaganya sebaik yang mungkin.
- Tidak membezakan pangkat atau darjat – Perkara ini yang membuatkan lelaki sentiasa rendah diri pada temanya. Tapi bukan semua wanita yang berkelakuan begitu, bagi wanita yang sayangkan hubungan cintanya pasti tidak membezakan pangkat atau darjat dengan teman lelakinya kerana baginya darjat paling tinggi adalah Cinta kepada Allah dan Cinta Hakiki yang jujur, ikhlas dan setia.
No comments:
Post a Comment